Thursday, October 20, 2011

this is friend should be

..Assalammualaikum..

Malam khamis yang buat saya betul-betul terasa diri saya sangat-sangat sudah kembali ke real world saya. Rindu kat best friend dah terubat. Alhamdulillah. Huhu. Bersyukur sangat-sangat. Bunyi bahagia giler kan?

Macam jejak kasih dalam drama Nur Kasih. Haha.Boleh pulak kan?. Taknak la cerita apa yang exactly berlaku dekat saya and kawan-kawan saya. Just nak share something yang maybe boleh bukak hati or bukak mata tapi bukan bajula yang penting kan. Takmo takmo.

Pernah tak korang rasa korang susah sangat nak tell the truth tapi at the same time korang akan rasa bersalah? Huhu. Jawab-jawab. Perasaan macam ni akan buat korang rasa okay bila korang ignore, tapi korang takkan boleh nak ignore forever and ever. Sampai bila? Tak selesa kot hidup yang penuh dengan rasa bersalah. So adalah diisytiharkan jalan yang terbaik is tell the truth. Tell the truth kepada orang yang sepatutnya. Diorang boleh terima or tak tolak tepi dulu. Yang penting korang bagi tau and korang akan rasa lega sesangat. Lega yang memang macam dapat new life taw. Haiiiiii. Tak tau la macam mana nak explain.

Therefore ( Tiga titik. Haha. Macam math kan.. ) Apa-apa pun dalam life lagi selesa hidup dalam berterus terang, walaupun nasib kita kurang baik dari orang lain. Apa yang dah ditakdirkan dalam hidup kita, tu la yang terbaik untuk diri kita kan. Kalau setiap masa hidup senang je apa guna hidup kan. Anggapla apa-apa yang susah tu ujian and dugaan dari Maha Esa. So renung-renungkan dan selamat beramal......

Eceh.. Dah macam Ustazah Pilihan kat tv 9 pun ada. Huhu. Mana la tau kan. Okay guys. Love uols. Mak kata lepas update blog tidur. Okay mak. Nak tidur la ni.

Tuesday, October 18, 2011

bangun pagi gosok gigi.

..Assalamualaikum..


Pagi yang gelap kini sudah terang aku adikmu dan engkau abang. Pagi-pagi dah bengongs, apetah lagi petang-petang.

Owh.. Pagi ni memang indah!! Saya dikejutkan dengan bunyi tenenettenenet (haha! apakah itu? cuba teka.).. Bunyi ape lagi kalau bukan fon torchlight saya yang unggul lagi bergaya tu. aww!!

Dah lepas jawab call. Dah tak boleh nak lelap mata. Apa lagi.... Budak cemerlang kan. Capai buku studyla. Wahhh!! haha.. Buang tebiat gila kot pagi ni. Takpe-takpe. Sementara ada mood rajin yang nak datang setahun sekali tu, ikutkan hajerr. Belek-belek buku dalam setengah jam. OK! Dah faham! Mari buat soalan! Sekali HAMPEH.... Tak boleh buat. Accounts di pagi hari tanpe kawan-kawan yang hebat duduk di sebelah memang sangat mensia-siakan masa anda.

Bosan sangat tak tau nak buat ape. jeng4x. haha. Dapurla jadi mangsa kan. Dapatla saya makan mihun goreng yang memang khas untuk orang darah tinggi ( kurang masin daaa ) comel gitewww.. Cubaan pertama yang quite ok la. Thanx kepada yong ( kakak sulung saya memerangkap pemberi resepi ) Kalau mak mantua tau ni, umur 20 baru pandai masak mihun goreng. Tekala apa yang bakal jadi kan. Tapi yang lain reti, mihun goreng je tak reti. ( hahah! ayat paling comellllness dah keluar )


Okeh! Post laju-laju sebelum ayat comel keluar lagi.

Tuesday, June 28, 2011

laskar pelangi


.LASKAR PELANGI.


1
7 Jun 2011, 12 tengah malam, aku masih berjaga demi menyiapkan tugasan yang diberi oleh Encik Izwan Suhadak, pensyarah subjek ‘Computer Application’ yang berkisar tentang diri sendiri. Katanya mulakan sejak di dalam perut ibu. Aku mengeluh. Tugasan yang diberikan benar-benar membuat aku memerah otak yang sudah berkarat kerana telah lama meninggalkan zaman persekolahanku. Kelas pertama bersama beliau cukup menghuru-harakan kelas Asasi Pengurusan sehingga terwujudnya kumpulan Huru-hara di Facebook. Aku juga salah seorang ‘mangsa’ beliau kerana mengeluarkan ungkapan ‘dinding hati’ semasa perdebatan antara dua kumpulan tentang penggunaan komputer. Tiba-tiba terlintas di kepalaku bagaimana aku boleh sampai ke sini, Universit Selangor. Kadang-kadang aku merasa seperti aku sedang bermimpi. Tetapi realitinya aku sudah di sini. Alhamdulillah.
D
i sini segalanya bermula,



PAK ABU MENOREH GETAH,
PERGI MENOREH DI WAKTU PAGI,
RIANG IBU MENGANDUNG NURUL AFIQAH,
ZURIAT YANG SANGAT DINANTI-NANTI.



Setiap orang yang lahir ke dunia ini adalah insan yang terpilih. Begitu juga dengan aku. Aku adalah anak yang dinanti-natikan oleh kedua ibu bapaku kerana mereka menginginkan seorang lagi puteri bagi melengkapkan keluarga kami. Aku dilahirkan dalam kedudukan songsang dan juga dikatakan kandungan yang berisiko kerana ibuku telah berumur 39 tahun pada ketika itu. Tetapi ibu bapaku tetap gembira mendengar berita dari doktor bahawa aku telah berusia dua bulan.

Aku dijaga dengan sepenuhnya. Aku diberitahu oleh ibuku, beliau mengamalkan minum air soya supaya kulitku putih seperti telur yang dikupas. Beliau juga mengamalkan makan tempe untuk meningkatkan fungsi otak bayi di dalam kandungan. Manakala bapaku pula terpaksa melayan karenah ibuku yang mengidam berbagai makanan. Tetapi yang membuatkan bapaku bertambah resah apabila ibuku tidak suka dengan bau badan bapaku sehinggakan bapaku terpaksa menghindarkan dirinya daripada ibuku. Bapaku hanya mampu bersabar kerana beliau tahu kesabarannya bakal dibalas dengan ganjaran yang lebih besar iaitu kelahiranku.
Genap 9 bulan di dalam perut ibu, aku pun menendang dinding rahim tanda aku ingin melihat dunia. Ibuku dikejarkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Ibuku berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan dibedah seperti yang disarankan oleh doktor. Dalam kedudukanku yang songsang ketika itu membuatkan bilik bersalin itu kecoh kerana takut aku akan lemas di dalam perut. Alhamdulillah. Aku selamat dilahirkan. Bapaku membisikkan Iqamah di telingaku. Aku tersenyum. Aku bagaikan tahu aku adalah orang yang dirai pada hari itu.
Sejak itu, aku menjadi puteri bongsu kepada pasangan bahagia ini, Abdul Ghani Ahmad dan Zaharatun Md Isa. Aku juga disambut baik oleh tiga adik beradikku yang lain kerana aku boleh dikatakan comel semasa bayi. Aku membesar dengan penuh kasih sayang oleh seluruh ahli keluargaku. Aku diberi nama dengan nama yang sangat indah oleh kakak sulungku, Nurul Afiqah Binti Abdul Ghani. Namaku membawa seribu erti, “Cahaya yang Pemurah dan Berpengatahuan.” Tatkala kakakku memanggilku dengan nama tersebut, aku tersenyum tanda setuju. Tetapi ibuku hanya menggunakan panggilan “adik” kepada diriku.

D
i usia 7 tahun, aku didaftarkan ke Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Methodist. Aku didaftarkan di sana kerana berdekatan dengan tempat tinggalku di Bangsar. Sepanjang aku bersekolah di sana, aku diajar supaya berkawan dengan semua orang tanpa mengira bangsa. Aku juga terlibat aktif dalam sukan gimrama. Apa yang membuatkan aku tidak akan lupa pada sukan gimrama adalah Puan Fatmawatie yang merupakan jurulatihku yang sentiasa menyokong aku untuk terlibat dalam bidang ini. Beliau juga merupakan guru matematik bagi kelasku. Sifat berfikiran terbukanya membuatkan aku senang dengannya. Beliau  juga merupakan guru persendirianku dan beberapa lagi rakan-rakanku.

Semasa aku menjadi anak didiknya, aku selalu diberi ganjaran apabila mendapat markah yang cemerlang untuk subjek Matematik. Antara memori yang masih terpahat di ingatanku adalah melawati Taman Rama-rama di Kuala Lumpur. Itu sudah cukup menunjukkan kesungguhan beliau untuk mengajar kami. Bagi kami sebagai anak didiknya, jasanya tidak dapat dibalas dengan wang ringgit cuma doa sebagai pengganti.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kegembiraan itu hanyalah seketika kerana aku terpaksa berpindah ke Kajang pada umurku 9 tahun atas sebab bapaku telah membina sebuah rumah di sana. Pada mulanya aku memberontak untuk pindah ke sana kerana di sana adalah kawasan perkampungan. Tiada gedung membeli belah, tiada panggung wayang. Yang ada hanyalah ayam, itik, dan kera. Aku bosan.
Bapaku yang rasa bersalah  dengan keputusannya mencuba berbagai cara untuk memujukku supaya sukakan tempat tinggalku yang baru ini. Seingat aku bapaku pernah membina sebuah pondok kecil untukku dan sebuah buaian di bawah pokok rambutan. Ibuku juga melayan karenahku supaya aku sukakan tempat ini. Jika aku bermain di pondok itu setiap petang, ibuku selalu membawa minum petang ke sana. Aku dialayan seperti puteri ketika itu. Lama kelamaan aku mula menyukai tempat tinggal baruku dengan adanya kawan-kawan yang sekepala denganku. Keakrabanku dengan mereka membuatkan aku telah jatuh hati kepada tempat ini.
Aku juga dipindahkan ke sekolah yang berdekatan dengan rumahku iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Putra. Sejurus aku menjejakkan kaki ke sekolah itu, aku melihat keadaan sekelilingnya. Aku kaget. Mana tidaknya, dewan dijadikan kelas, ruang padang bola yang kecil, kolam ikan yang terbiar. Aku kecewa sekali lagi. Aku benar-benar seperti rusa bandar masuk kampung. Tetapi aku malas melayan perasaanku yang bakal merisaukan ibu bapaku seperti sebelum ini. Aku berpura-pura.
“ Adik, suka tak sekolah baru ni?” Tanya bapaku dengan lembut.
“Emm. Suka abah. Aisyah kan ada, nanti bolehlah dia temankan adik.” Jawabku untuk menyenangkan hatinya.
Aisyah adalah teman sekampungku. Dialah yang menemani aku ke hulu ke hilir. Kebetulan kami di kelas yang sama. Dia membuatkan aku biasa dan tidak kekok dengan tempat tersebut. Semasa kami di Darjah 4, kami dilantik menjadi pengawas sekolah. Aku juga aktif dalam pidato dan menjadi wakil sekolah pada ketika itu. Walaupun begitu, aku tidak mengabaikan pelajaranku. Azamku ketika itu ialah lulus cemerlang dalam UPSR dan mengalahkan kawan-kawanku di Kuala Lumpur.

K
eputusan UPSR yang aku duduki hanya sekadar cukup makan. 3A dan 2B. Aku bersyukur. Ibuku telah merancang untuk mendaftarkan aku ke sebuah sekolah agama berdekatan rumahku, Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar. Aku akur. Sebenarnya aku agak teruja untuk ke sekolah itu kerana aku akan ditempatkan di asrama. Fikiran sempitku berkata bahawa kehidupan di asrama itu kehidupan bebas kerana jauh dari orang tua. Lebih-lebih lagi aku fikirkan tiada lagi sesiapa yang akan membebel padaku setiap hari.
Aku silap. Apabila sudah berada seminggu di asrama, aku merasakan susah dan payahnya hidup jauh daripada orang tua. Boleh dikatakan hampir tiap-tiap hari aku menelefon ibuku tanda aku rindu. Mana tidaknya, basuh pakaian sendiri, bangun seawal 5 pagi untuk berebut tempat mandi, sering juga ketiadaan air. Tetapi aku perlu teruskan kehidupan berdikari ini. Hari tidaklah selalunya mendung, ada juga terselit kegembiraan disebalik kesusahan ini. Kawan-kawan dan senior di sana semuanya sekepala denganku. Aku tidak merasa kekok ataupun merasa jarak umur apabila bergaul dengan mereka. Aku juga aktif dalam Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi bagi meningkatkan ketahanan diri. Aku bersekolah di sana hinggalah Tingkatan 3 dan menduduki PMR di sana.

K
eputusan PMR ku melayakkan aku untuk masuk ke Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. Aku ke sekolah teknik atas kemahuanku sendiri kerana aku bercita-cita untuk menjadi jurutera satu hari nanti. Aku sangat bersyukur kerana sekolah itu adalah sekolah teknik kawalan. Di sana, aku mengambil Jurusan Elektrik dan Elektronik. Aku adalah pelajar kemasukan yang ketiga. Seingat aku, aku mendaftar ke sekolah itu sehari sebelum pelajar lain menduduki ujian bulanan kerana aku boleh dikatakan antara pelajar yang lambat mendaftar. Aku hanya mampu tergelak mendengar berita itu dari rakan baruku. Apalah yang akan ku jawab untuk ujian esok. Otakku masih kosong belum diisi dengan pelajaran. Selepas pulang ke asrama, aku cuba untuk menyelak buku Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Aku tergelak sendiri melihat isi kandungan buku itu. Aku langsung tidak memahami isi kandungannya. Gelagat aku telah disedari oleh rakan sebilik yang juga merupakan rakan sekelasku. Dialah yang membantu mengajarku persediaan untuk ujian esok. Tetapi kefahamanku terhad kerana belajar dalam masa yang sangat singkat.
Di sekolah ini juga aku bergiat aktif dalam Skuad Kawad Bomba dan Penyelamat. Aku adalah pelajar yang terendah dalam platun. Tetapi semangat juangku tidak serendah ketinggianku. Aku sangat bersemangat ketika berkawad. Di dalam kawad jugalah aku belajar semangat setiakawan sehinggalah orang menggelar kami dengan gelaran “Kental”. Bila diingatkan kenangan bersama mereka membuatkanku tersenyum. Berkawan dengan mereka adalah perkara yang termanis dalam pengalaman aku berkawan. Kami bersahabat sehinggalah sekarang dan aku sangat menghargai persahabatan kami.
Dari segi pelajaran pula, aku bukanlah pelajar cemerlang. Aku pelajar yang sederhana bagi semua subjek kecuali subjek Matematik Tambahan dan Sejarah. Aku pernah dimasukkan ke kelas pemulihan bagi kedua-dua subjek ini. Aku terasa seperti aku insan yang paling bodoh ketika itu. Aku selalu mendapat 9G dalam subjek Sejarah. Tetapi dengan berkat usahaku, aku berjaya keluar dari kelas pemulihan itu.
Inilah sekolah terakhirku dimana tempat aku menduduki SPM. Sepanjang SPM berlangsung aku tidak pernah putus berdoa supaya dapat melaluinya dengan lancar. Pada hari pertama SPM berlangsung, subjek pertama adalah Bahasa Melayu. Tangan aku menggigil semasa menulis. Aku sedikit terganggu.
“Piqa, jangan gementar. Kau boleh buat! Ya Allah, tolonglah tenangkan hamba-Mu ini.” Bisik hati kecilku.
Aku terus kembali menulis. Semuanya berjalan dengan lancar. Aku lega. Untuk subjek-subjek yang seterusnya aku menghadapinya dengan lebih tenang sehinggalah subjek terakhir iaitu Lukisan Kejuruteraan. Sejurus tamatnya peperiksaan terakhir, aku pergi ke surau untuk membuat sujud syukur tanda kesyukuran kerana telah selesai menjawab kesemua kertas soalan.
Dengan tamatnya peperiksaan terakhir itu, aku bukan lagi bergelar pelajar sekolah. Perasaaanku bercampur baur untuk meninggalkan sekolah ini. Sekolah ini ialah tempat belajar yang banyak meninggalkan kesan hidup terhadapku. Aku menyimpan 1001 kenangan pahit dan manis di sini dan aku pahatkan di hati.

K
ini tibalah masa yang sangat dinanti-nati oleh lepasan SPM tahun 2008. Keputusan diumumkan akan keluar. Tidak putus-putus pesanan ringkas yang dikiramkan oleh rakan-rakan sekolahku mengatakan mereka gementar menunggu keputusan. Ada juga yang menyatakan mereka tidak boleh tidur semalaman menunggu untuk mengambil keputusan esok. Tidak kurang juga denganku, malam sebelum mengambil keputusan,aku tidak dapat tidur dengan nyenyak.tetapi aku cuba juga menutup mata dan akhirnya tertidur juga. Di dalam tidurku, aku bermimpi yang aku mendapat 3A sahaja dan aku terjaga dari tidur. Aku yang tidak puas hati lalu menyambung tidurku semula. Aku bermimpi lagi yang aku mendapat 5A pula. Aku terjaga. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Aku bingkas bangun untuk menunaikan solat Subuh dan bersiap untuk pergi ke sekolah. Aku mengambil keputusan untuk pergi menaiki kenderaan awam sahaja.
Setibanya aku di sekolah, aku melihat ramai kawan-kawanku yang sudah sampai dan melambai-lambai kearahku. Hatiku yang mulanya gementar kembali tenang melihat kawan-kawanku yang sedang tersenyum. Mungkin mereka mendapat keputusan yang diinginkan. Aku memberi isyarat kepada mereka bahawa aku mahu mengambil keputusan sebentar. Mereka angguk. Tiba-tiba ku tersa darahku berderau laju pabila ku melangkah ke dalam dewan. Aku mencari kaunter untuk kelasku. Rupa-rupanya di sebelah aku sahaja. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku duduk di kerusi yang disediakan. Tidak berhenti mulutku selawat dan berdoa supaya mendapat keputusan yang baik. Selebihnya aku redha. Tiba-tiba aku terdengar Cikgu Faizah memanggil namaku tanda giliran aku sudah tiba. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaanku ketika itu. Cikgu Faizah memberikan ku sehelai kertas.
“Ini keputusan awak. Tahniah! Nasib baik subjek saya A. Tandatangan di sini.” Kata Cikgu Faizah.
Aku terkejut melihat keputusanku sendiri. Lebih dari apa yang ku jangkakan. Alhamdulillah. Yang paling membeliakkan mataku melihat keputusan sendiri apabila melihat subjek Sejarah mendapat 1A. Aku terasa seperti ada magis yang mengubah keputusan sejarahku itu. Mungkin ini semuanya sudah tersurat untukku. Aku bersyukur. Kesemuanya aku mendapat 5A sama dengan apa yang ku mimpikan pagi tadi. Aku tergelak kecil. Aku mengucapkan terima kasih kepada semua cikgu. Kemudian aku berjumpa dengan kawan-kawanku tadi. Kami memberitahu keputusan masing-masing. Semuanya mempunyai keputusan yang hampir sama. Kami tergelak bersama-sama. Tiba-tiba aku terfikir, mungkin keputusan sahaja yang sama tetapi kami akan berpisah membawa haluan masing-masing.

T
epat sekali jangkaanku itu, haluan kami semua bebrbeza. Ada yang pergi menyambungkan pelajaran ke IPTA, IPTS dan juga Kolej Matrikulasi. Aku memohon ada Program Asasi Pengurusan di Universiti Selangor Kampus Shah Alam. Walaupun terpesong dari apa yang aku belajar selama ini, aku hanya mencuba nasib dan rezeki. Aku mengetahui tentang universiti ini dari lepasan-lepasan yang juga mengambil program asasi.
Sebulan selepas aku memohon untuk program tersebut, aku mendapat surat tawaran daripada Universiti Selangor.Aku juga mendapat tawaran daripada Kolej Matrikulasi Changlun dan juga Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah di Universiti Teknologi Malaysia. Semua tawaran ini membuatkan aku merasa dilema. Tetapi keluargaku banyak memberi pendapat dan dorongan kepadaku. Mereka menyuruh aku membuat keputusan sendiri kerana ini adalah masa depanku. aku juga ada bertanyakan pendapat orang lain dan membaca beberapa laman web yang boleh membantu aku membuat keputusan. Setelah puas aku mengkaji dan menelaah, aku merasa Program Asasi Pengurusan adalah yang paling sesuai dengan diriku. 



T
anggal 25 Mei 2011, hari pendaftaran  bagi Program Asasi Pengurusan di Kampus Shah Alam. Pada tarikh keramat itu jugalah, aku dengan secara rasminya telah menjadi warga Universiti Selangor, bakal mahasiswi universiti itu. Selepas mendaftar, aku bergerak ke Wisma Mais yang merupakan kediaman mahasiswa dan mahasiswi  Universiti Selangor. Aku melangkah naik ke tingkat 2 dengan barang-barangku seperti orang yang mahu lari rumah. Seluruh ahli keluargaku yang sanggup mengambil cuti turut menghantarku hingga ke pintu bilik. Aku tahu mereka menghantarku dengan seribu harapan. Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak-anaknya berjaya.
Aku melihat usaha mereka sebagai pembakar semangatku di sini. Aku di sini hanya setahun dan masa itu terlalu singkat untuk berbulan madu. Perjuanganku di sini bukanlah bersendirian, aku ditemani dengan rakan-rakan seperjuanganku. Kami sampai di sini dari latar belakang yang berlainan tetapi mempunyai tujuan yang sama. Aku telah memulakan langkahku di sini dan aku mahu berakhir dengan akhiran yang baik.
Begitulah perjalananku hidupku dari aku di dalam perut hingga sampai ke Universiti Selangor dan sehinggalah aku mendapat tugasan dari pensyarahku, Encik Ishak Suhadak. Barulah ku rasa sempurnanya hidup sebagai seorang mahasiwi.

PAK ABU HABIS MENOREH,
SEKIAN TERIMA KASIH.
  

Thursday, April 21, 2011

untitled.

..assalamualaikum..



BERGANTI HATI-ANGGUN



.



Satu persatu telah kuhapus

Cerita lalu di antara engkau dan aku

Dua hati ini pernah percaya

Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga
Reff:

Ku tak ingin lagi

Menunggu, menanti

Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati

Ku tak ingin coba

Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)

Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara

Aku ingin pergi

Dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus

Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu

Rasa yang dulu pernah ada

Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Back to Reff:

Kini ku sadari diri ini

Ingin berganti hati

Cinta yang tlah pergi

Harus berganti hati

Harus ku ganti hatiku kini

Ini harus ku ganti

Tak perlu ini lagi harus berganti…



p/s: lagu ni sangat sesuai untuk saya sekarang. tapi bukan tentang kisah cinta saya. cuma fikirkan masa depan saja. :')



Tuesday, April 19, 2011

hidup aku takde apa untuk dibanggakan. tak bersyukurkah aku?

..assalamualaikum..


malam-malam yang sunyi and dingin ni dengan alunan lagu halaman cinta by misha omar buat aku fikir apa yang dah aku buat sepanjang hidup aku. *guna AKU sebagai kata ganti diri untuk entri kali ni mungkin lebih selesa kot*

hm. aku tak buat apa2 pun untuk diri aku sepanjang hidup aku sekarang. hidup aku macam takde tujuan. mungkin TUJUAN AKU BUAT MASA NI MASIH LAGI KABUR. kalau orang lain selalunya dah ada target. sampai je umur ni, dorang dah nak ada something something. tapi aku rasa target aku still lagi kabur.

bila jadi manusia mestilah sedikit sebanyak terjeles dengan kejayaan orang2 sekeliling kita walaupun aku dah banyak kali cakap kat diri aku rezeki masing2. mana tau rezeki kau tu lambat sikit. bila tengok kawan2 yang dulu SPM dorang kurang sikit dari aku tapi sekarang dah buat degree, aku rasa macam erghhh!! apasal dengan aku ni!! aku still tak kemana2. korang paham tak rasa dia camane. tersangatlah down.

bila dah jadi macam ni. secara automatiknya aku telah kecewakan mak and abah aku. ni paling buat aku rasa bersalah. dorang dah banyak habiskan duit untuk aku. tapi sia-sia. DO SOMETHING LA PIQA! BANGUN2!! kadang2 aku rasa aku nak buat something yang buat dorang hepy, tapi bila mental dah down semua benda tak jadi. aku betul2 rasa diri aku tak guna, so biarlah aku jadi tak guna je.

bukan tu je, kawan2 aku pun kena tempias jugak. bila aku berdepan dengan orang aku nampak ok. tapi bila belakang, aku akan ignore je. kesian kawan2 aku. rupanya AKU PUN BUKANLAH KAWAN YANG BAIK. siapa yang kawan aku dorang akan rasa la bila dorang call aku, aku tak angkat, sms tak reply. dorang mesti bengang gila. aku bukanlah seseorang yang senang nak cerita problem kat orang. tersangatlah susah. bukan masalah susah nak percaya ke apa. tapi itulah perangai aku. ada 2 orang je dalam hidup aku yang aku senang untuk story apa2 problem.

dan aku lah seorang yang tak suka orang tengok aku macam ada problem. aku ni agak SECRETIVE PERSON la. banyak yang aku rahsiakan dari pengetahuan orang luar. aku tak macam korang yang selalu happy luar and dalam. sedih sebenarnya.

dengan apa yang aku dah cerita kat atas tadi nampak sangat hidup aku tengah terumbang-ambingkan? yes, sangat terumbang-ambing. aku rasa aku dah terlambat nak buat apa2 pun untuk diri aku. aku malu. mungkin malu dengan bayangan aku sendiri. aku rasa malas nak jumpa orang, malas nak layan orang, malas nak jawab apa2 pertanyaan orang. bagi aku hidup aku TAK ADA APA2 UNTUK DIBANGGAKAN. bukan bangga kat orang lain.even  bangga kat diri sendiri pun takde.

mulai hari ni aku akan belajar untuk bersyukur. bersyukur di atas segala rezeki yang telah diberi kepada aku. sebenarnya punca aku jadi macam tu sebab aku TERLUPA UNTUK BERSYUKUR. kalau tak aku takkan rasa macam ini, macam itu. setiap orang telah ditentukan rezekinya. so aku pun ada rezeki aku sendiri. dan mereka juga ada rezeki mereka sendiri. ALHAMDULILLAH. :)

and for those who yang telah terabai and diabai oleh NURUL AFIQAH BINTI ABDUL GHANI, saya mohon berjuta2 lemon2 maaf kepada korang semua. maaf sangat2. aku sayang korang! harap aku still boleh jadi kawan yang baik untuk korang. aku tau changes aku yang 360 degree tu sangat buat korang upset sangat2 dengan aku. MAAF! *hug*


p/s: my heart is so hard to explain. i need you to explain it because u know me better. :')



Friday, April 15, 2011

entri sejengkal.

..assalamualaikum..

tadi nampak komen dari bertambah kat ENTRI INI . then cepat2 klik!wah! rupa2 nya admin dari UBM datangla citenye. check assignment. harharhar. OK TAK ASSIGNMENT SAYA EN. ADMIN?


p/s: terima kasih kepada student UBM yang sudi datang ke blog ni. saya anggap itu semua adalah support dari korang untuk saya teruskan dunia blogging ni. *hug*

Thursday, April 14, 2011

suka hati kau je nak pancut!

..assalamualaikum..

uols!! hot story ni. haha. cerita dia cenggini. tadi sedang saya sebok2 mengajar anak buah saya buat homework diorang kat dalam bilik. tengah syok2 berlagak pandai depan anak buah, tiba2 anak buah saya yang lagi sorang jerit. ACU!(panggilan makcik2 hot macam saya. haha) TENGOK ADIB!

saya pun bangun laju2 tengok ape jadi kat adib anak buah saya yang lagi sorang berumur 5tahun. cuak jugak la kan. lari laju2 pergi ruang tamu.MyEm0.Com tengok2 bantal yang dia buat tidur tu basah. dia elok dok baring kat sebelah. MAL. APA NI? saya dengan cemas pun tanya.

menurut cerita akmal iaitu saksi di tempat kejadian. adib bangun, lepas tu dia bukak seluar, then siap pegang anu. lepas tu pancut atas bantal tu. pergh! bunyi macam takde sivik kan? haha. apakan daya budak berumur 5 tahun. tak berfikir panjang. MyEm0.Com

saya pun tepuk dahi. ADOI. ABANG! KENAPA KENCING ATAS BANTAL NI? HA? HA? JAWAB2! dia jawab slow saje. ACU, ABANG NAK SUSU. sambil buat muka seposen dan gosok2 mata.MyEm0.Com haih. nasibla ko ni 5tahun. kalau tak aku heret ko kat pusat serenti tahu tak. kejaamm!


p/s: last but not least, saya lah yang kena mencuci bantal itu. MyEm0.Comtabahlah nurul afiqah!

Wednesday, April 13, 2011

hari indah dari biasa. hari ini lah.

..assalamualaikum..


SYUKUR KEPADA-MU YANG MEMBERI REZEKI..

hari ini hari yang best tahu.! tapi bukan hari bahagia kerana saya belum berkahwin. oh malu. lalalala. MyEm0.Com

puas ke piqa ko berjalan satu hari? agak mencapai kepuasan la. tetapi tidak berapa puas sebab tak dapat beli kasut esarli pink comel cute mute gojes yang amat itu! *nanges* rm99 uols. tunggu sale lagi baik. tapi pasti lah saiz saya akan habis. *nanges lagi*

saya pergi ke jalan tar pagi tadi untuk beli stok tudung. hari ni tak ramai orang, jadi tak perlulah saya nak menjerit minta laluan. weyh piqa, ko besar sangat ke? apa2 pun, kerja saya berjalan lancar hari ni.MyEm0.Com
tepuk tangan!

tengahari! panas panas. lapar lapar. kat mana nak makan ni? abang ipar saya suggest lunch kari kepala ikan kat kg. atap ke jalan atap. confuse sudah. nama restoran dia adalah zk restoran. kakak angguk, saya pun angguk. dah lapar apa pun boleh. makan makan makan. pergh! sedap terangkat lagi terbaik lah! kari dia memang superb. bila nak bayar, 19 hengget saya adik manis.. kagum dengan harga terus jalan laju2!

bila malam dah lapar balik. mak pulak ajak makan kat gerai indon yang seminit saja dari rumah. tapi bersih tahu! saya order ayam penyet. first time try walaupun seminit saja dari rumah! makan makan. terangkat jugak la weyh cite die.! haha.

sebenarnya nak cakap yang saya dapat try makanan yang sedap2 lagi terbaik dari ladang hari ini. indah bukan? sila jeles! *lempang diri sendiri*


p/s: sesiapa nak try ayam penyet indonesia pure, datanglah rumah.

Tuesday, April 12, 2011

saya dah masuk U. yahoo tak?



NAMA ANDA DAN NAMA BLOG ANDA..
- nama saya boleh jumpa di merata-rata. banyak nama yang sangat sama dengan saya. nurul afiqah binti abdul ghani. nama blog yang kudus ini tak lain tak bukan g.u.l.a. jangan susah-susahkan diri anda untuk menyebut satu-satu huruf itu. sebut saja gula. kan comel begitu.

SEJAK BILA MULA BERBLOG
- pada 31 oktober 2010. baru saja. sila beri tunjuk ajar.

APA PANDANGAN ANDA  MENGENAI DUNIA BLOG DARSAWARSA KINI
- pada pandangan saya, ia amatlah wajar sangat-sangat dalam dunia yang serba ipad dan ipod ini. ini adalah kerana dengan berblog kita dapat mewujudkan komuniti-komuniti baru yang dipenuhi dengan perkara-perkara yang berfaedah. itu pun kalau hang rajin. selain itu, aktiviti sihat ini jika dipraktikkan secara berterusan dan eksklusif, ia boleh menyumbang kepada periuk nasi anda. menakjubkan!

PANDANGAN ANDA MENGENAI IPTM (INSTITUT PENGAJIAN TINGGI MAYA) PERTAMA INI
- weh. kepada admin yang bernas lagi geliga. syabas bete! inilah dikatakan komuniti-komuniti yang sihat. bagus-bagus. IPTM ini akan menjadi platform kepada mahasiswa untuk melebarkan sayap mereka supaya menjadi seorang blogger yang berilmu kerana mahasiswa boleh bertukar-tukar idea dan pendapat. di sinilah tempatnya! ecehh.. pandai-pandai je haku.


p/s: kepada kawan-kawan bloggers yang tak join lagi, meh join kat sini Universiti Blogger Malaysia . dah tamat kot penyertaan minggu orientasi ni. hehe =.='

lelaki hensem vs lelaki tak hensem. ini entri kejam!

..assalamualaikum..

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...


kalau lelaki handsome berbuat jahat
perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!


kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
perempuan akan kata: entah2 kawan dia...


kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!


kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya>> >meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...


kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...


kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?..


kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...


kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....


kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

 

p/s: sangat tak boleh blar kalau perempuan2 semua berfikiran begini. =.='

saya budak noob yang tak pernah makan macaroons.

..assalamualaikum..
uols!! korang pernah makan macaroon tak? sedap tak? saya tengok orang sangat tergila2 kan makanan yang sangat comel tu.comel gila kot. bila korang makan ada rasa sayang tak nak makan? ada tak?


tersangat lah nyum2. ada sesiapa nak belanja?




kaler yang soft pun masih nampak nyum2!
  
dessert yang teramat sangat lah comel ini sesuai sangat kan untuk buat gift wedding ke, cukur jambul ke. kalau diorang buat macaroon as gift, saya sanggup salam makcik yang dok bagi2 gift tu banyak2 kali. weyh. tak malu itu budak. kahkahkah!

cikmin macaroon   kat sini kita boleh tempah macaroon. belajar buat macaroon pun boleh. rasanya kena attend kelas la kot. saya pun macam nak order je. terliur sudah! haha.


nurul afiqah minta maaf.

..assalamualaikum..

NURUL AFIQAH INGIN MINTA MAAF KEPADA SEMUA READERS AND FOLLOWERS YANG BANYAK MENYOKONG. WALAUPUN SAYA TAK UPDATE2 KAMU TETAP SETIA BERSAMA SAYA.. *terharu* 
MyEm0.Com

sayang sayang dan sayang saya semua..
sebenarnya konflik diri yang melanda sangatlah mengganggu kehidupan. saya betul2 minta maaf. entri berbaur tacing ini khas dari lubuk hati tahu!

walaupun sudah beberapa bulan meninggalkan blog secara jayanya, saya kembali semula. saya berdo and berharap supaya konflik kehidupan tidak mengganggu gugat dunia blogging saya. aww!! maloo..

walaupun tak berupdate berbulan2, follower saya bertambah seramai 13orang! *terharu sambil nanges laju* tak mampu menahan kesedihan itu.TERIMA KASIH SAYANGS SAYANGS. MyEm0.Comnak hug ketat2!

saya berazam untuk mengupdate blog secara eksklusif seperti ibu menyusukan anaknya secara eksklusif. haha! apakah?? *ini ayat dynas mokhtar*

p/s: masih nanges sampai tak tahu apa nak pesan. owh over lah kau! I LOVE YOU! MyEm0.Com


Thursday, January 20, 2011

camera freak!!

..assalamualaikum..


  • yeay!! saya dah dapat DSLR baru..okeh,, tak boleh pinjam ye.. sebab saya memang TIPU.. sepak saya laju-laju kalau boleh..
  • entah berapa lama lagila saya nak dapat DSLR idaman malaya tu.. antara wishlist 2011.. nak la weyh..sila derma ye..berapa lamakah lagi..terpaksa aku menanti..*siap nyanyi lagu spring gitu..*
  • ketinggalan betul kan saya ni..heh! haku peduli hape..heh! hape yang hengkau nak heh sangat hah??

ni apasal pulak ni?? terencat la dia dah dapat cemera..macam tak biasa..perempuan..apadehal ek??



 ini pulak?? teringat zaman kadet bomba dulu.. jangan main-main dengan mak..haa..ke-3 kecik kot dalam platun..
bak kata anak buah eden "tecikkkk jerrr"..tengok mole tu..tak boleh blar..kekeke



picture ini adalah cubaan berani mati saya..haha..ape kes senyum tunjuk gigi..jarang sekali saya nak senyum tunjuk
gigi rabbit vs. kapak tu..malulah malulah...
  • gambar di atas adalah atas ehsan dan budi bicara kakak saya yang sudi meminjamkan camera beliau..terima kasih daun keladi, esok-esok boleh la pinjam lagi...ayat bodek..gitula bunyinya..




    p/s: si dia tak balik ber"gong xi fa cai" bersama saya..nasib badan.....merajuk tahu!MyEm0.Com
    p:s: sejuklah pagi ni...hey tidurlah tidurlah..janganlah...MyEm0.Com



Make flash banner


yuolss!!
pengunguman pengunguman bapak bapak ibuk ibuk siapa punya anak ada blog
suruh dia join the club..
SAHABAT BLOGGER yang istimewa dan hyperactive dan bukan hypertension ye..
mari beramai-ramai join group yang direstui ini..
FB SAHABAT BLOGGER

jumpa di sana yaww!!

reunion bloggers. kasi gegar!!




OMG!! teruja ni!!
mari korang,,ramai-ramai kasi gegar!!

Wednesday, January 19, 2011

sanggul oh sanggul

.assalamualaikum.
dah lama dah nak tau cara nak buat sanggul macam ni..
simple je, tapi bila dah buat.......
pehhh!! memang macam stewardess habisla..
pada sesiapa yang nak cuba, tak payahla sibuk nak berbaju kebaya mahupun mini skirt ye..
coz hanis zalikha pun belajar buat bun ni dari her mom time dia sedang mengemop okeh!!
lagi sekali mengemop!
sempoi gila kot..meh try meh..


JOM GEGAR BLOG



first time join benda-benda macam ni..
macam best je..


;))

Tuesday, January 18, 2011

beliau



saya rindu awaklah..
kekekeke...
ngade-ngade la kau piqa..
belajar rajin-rajin taw gendut..



p/s:jauh lebih baik..
p/s:semakin hari semakin sayang.. *habisla..gedik dia dah kuar..*

gadis pasar malam


.assalamualaikum.

korang!! rindu sangat-sangat!! over okeh..
bukan apa, ini sebab semalam tak dapat nak update..
jangan marah saya!
marah dia!
dia! dia! *siapa??*
EN. BROADBAND..
maklumlah..dia ada kawan baru..
nama dia kura-kuri.. *kura-kura lah tu..cehh!*
tu la sibuk ber"dating" dengan teman baru kan..
paham-paham lah kan..
tapi hari ni diorang dah clash..
so saya boleh lah mengomel seperti dulu kala..









ini semalam punya aktiviti..sebelah tu kakak saya..time ni kat monorail hang tuah..nak beronggeng di times square bersama my sis..


semalam kitorang pergi daftar SSM..
Alhamdulillah..dapat jgk siap semalam..
kami buat apa daftar syarikat??
jengx4...






ni anak i..please jangan percaya..anak buah okeh! i belum kawen..


hari ni
kitorang pergi ke majlis perbandaran sepang..
buat ape??
jengx4!!









semalam wujudlah syarikat bernama MAMA BELLE..fuih!! nama nak mama jer..
not me.. my sis la mama..
i belle jer..*ini lagi la lawak antara ulu selangor*
sebenarnya sementara nak mengisi masa teluang penganggur yang dibela ni..
saya nak jadi minah ronggeng part time kat pasar malam..
kuikuikui..
pasar malam desa pinggiran putra..
yang ala-ala hidup segan mati tak mau je suasana di sana..
apa salahnya mencuba.. tak gitu cik gayah??
kami masih lagi tunggu lesen dari pihak perbandaran..
seronok taw!!
nak jual ape eh??apam balik??
heh! bukanla..nak jual shawl..



p/s:from now on you can call me gadis pasar malam.. ;)
p/s: jumpa saya kat pasar malam!!


puas membebel..tidur jomm..





Sunday, January 16, 2011

first day darjah satu

.assalamualaikum.

saya nak kasut itu!! *heh!tetiba je nak merengek* tak boleh sabar ni nak tunggu dapat gaji..GAJI???

MyEm0.Com*mari gelakkan dia uols..hahahaha* gelakkan la penganggur yang manja lara ni..merajuklah!!





sebenarnya nak cerita first day darjah satu ni..tidak-tidak.. first day belajar menjahit saja..saya pergi kelas menjahit semalam tahu! aww...OMG!! sungguh! ye, sungguh teruja dengan rahsia penjahit sedunia..kagum sambil nanges! MyEm0.Com


kebenaran 1: apakan daya si penganggur yang memang zero basic menjahit ini..nak jelujur pun kena prepair mental cukup-cukup..takut kang ter"mental" pulak..

kebenaran 2: apakan daya si penganggur yang pekak dan hippopotamus ini..malam first nak belajar menjahit dah lupa nak bawa alat tulis menjahit..lebih kurang lupa bawa kertas lukisan la masa sekolah dulu..fuhhh..nasib tak kena cubit perut..

kebenaran 3: apakan daya si penganggur yang innocent lagi comel comot ini.. cikgu dah mula mengajar tapi saya masih pikir apelah yang cikgu ni merapu meraban ni..polar?? polar bear ke?? dengar sini murid-murid..polar itu hendaklah dibuat untuk membuat sesuatu pakaian setelah diambil segala ukurannya..ada paham??
MyEm0.Comlayan jela cikgu ni..

kebenaran 4: apakan daya si penganggur yang gedik santai ini pun balik berbekalkan ilmu di dada..home sweet home..bukak balik kerja sekolah dan cuba buat polar bear tersebut dengan teruja dan hampir saja menari seperti ini..
MyEm0.Com







tepuk tangan dulu...
ok cukup..



kebenaran 5: apakan daya si penganggur yang sungguh proaktif ini *hah!tetiba je taw*.. saya berjaya!! polar bear saya sudah siap..  MyEm0.Com  ecehhh..bagus-bagus..



komen: saya rasa saya minatlah menjahit!! MyEm0.Com  sekian..





p/s: yahoooo!!dah pandai menjahit.. *biarla dia syok sendiri..*

p/s: si gendut yang dirindui
..baliklah ber"gong xi fa cai" bersama saya.. MyEm0.Com


Saturday, January 15, 2011

takkan ku jadi pengemis cintamu

ELLA-PENGEMIS CINTA





suka dan duka silih berganti
bayang dirimu menhilang kini
mengapa
adakah aku bersalah

menangis hati memanggilmu
teringat segala sumpah janjimu
dahulu
akulah suri hidupmu

*chorus
apalah upaya diriku wanita
yang tinggal kini kelukaan
takkan ku jadi pengemis cintamu
akan ku buktikan kepadamu

luka di hati kurawat sendiri
hari berlalu musim berganti
dan kini kau ingin diriku lagi

*chorus



p/s: ter"emo"+ jiwa kacau.. *nanges senyap-senyap* heh!!

p/s: ada sesiapa yang nak tawarkan diri nak bawak saya pergi kat bukit yang saya tak tau nama dia..(boleh pulak tak tau..tinggal je dia..heh! janganla!!) yang boleh nampak view kl tu..nak jerit puas-puas dengan berbekalkan "dequadin"..bila suara dah habis,  telan "dequadin" sampai "dequadin" tu habis pula..

p/s: pihak "dequadin" ,, sila bayar saya ye..saya dah promote..

Thursday, January 13, 2011

hai! senangnya dalam hati..

cewah...
saya ni nak beristeri dua ke??
janganla macam tu..
saya waras lagi kot..
mintak simpangla... MyEm0.Com


hai! senangnya dalam hati..
esok nak belajar menjahit daaa..MyEm0.Com


hihihihi...ye..saya nak belajar menjahit..
tapi bukanlah kelas formal..
belajar biasa-biasa je..
sambil sembang minum kopi..
nak nyanyi lagu dari jauh ku pohon restu pun boleh...
*PANGG* kan dah kena lempang..


bekobar-kobar je bunyi saya nak belajar menjahit kan??
nak jadi suri rumah yang berjaya ke??MyEm0.Com
OMG!! NO NO NO... (itu pun salah satu sebab..hehehe)
yang buat saya lagi berkobar-kobar bila sebut pasal menjahit ialah..........................










1) sometimes baju yang saya beli kat luar ada yang kena di"repair" semula..sape yang jadi mangsa??mak saya jugak..sebab ape?? sebab anak dia tak reti menjahit..terpaksalah.. MyEm0.Com



2) bila dah suruh mak saya jahit.. mulalah episod "bagai itik pulang petang".. maksudnya, walaupun mak saya pandai menjahit, tapi dia malas nak menjahit..kenalah sabar nak tunggu rajin dia datang balik..mahu bertahun dibuatnya..MyEm0.Com ini bukan mengata ye.. mak saya pun mengaku..
(mak saya tak baca blog ni kan??kan kan??)


3) bila rajin mak dah datang..mesin jahit yang ala-ala umur Malaysia merdeka tu pulak nak manja-manja..kejap elok, kejap rosak.. silap hari bulan saya guna je mesin tu untuk mesin tebu..barula menangis mak saya...MyEm0.Com


4) bila mak dah tension dengan mesin tebu beliau tu.. mula lah mak saya menjadi penceramah tak berbayar...
(takpe..mak sanggup adik..) *baju dah elok-elok besar.. nak dikecik-kecikkan pulak.. bukan elok pakai baju kecik-kecik ni.........* anda boleh sambung sendiri ye.. MyEm0.ComMyEm0.Com



itulah sebabnya..
sangat kukuh bukan??
terima kasih.......
majulah diri untuk kecikkan menjahit baju!! MyEm0.Com



sekian saja.. nurul afiqah abdul ghani melaporkan.. tv3..