Wednesday, April 13, 2011

hari indah dari biasa. hari ini lah.

..assalamualaikum..


SYUKUR KEPADA-MU YANG MEMBERI REZEKI..

hari ini hari yang best tahu.! tapi bukan hari bahagia kerana saya belum berkahwin. oh malu. lalalala. MyEm0.Com

puas ke piqa ko berjalan satu hari? agak mencapai kepuasan la. tetapi tidak berapa puas sebab tak dapat beli kasut esarli pink comel cute mute gojes yang amat itu! *nanges* rm99 uols. tunggu sale lagi baik. tapi pasti lah saiz saya akan habis. *nanges lagi*

saya pergi ke jalan tar pagi tadi untuk beli stok tudung. hari ni tak ramai orang, jadi tak perlulah saya nak menjerit minta laluan. weyh piqa, ko besar sangat ke? apa2 pun, kerja saya berjalan lancar hari ni.MyEm0.Com
tepuk tangan!

tengahari! panas panas. lapar lapar. kat mana nak makan ni? abang ipar saya suggest lunch kari kepala ikan kat kg. atap ke jalan atap. confuse sudah. nama restoran dia adalah zk restoran. kakak angguk, saya pun angguk. dah lapar apa pun boleh. makan makan makan. pergh! sedap terangkat lagi terbaik lah! kari dia memang superb. bila nak bayar, 19 hengget saya adik manis.. kagum dengan harga terus jalan laju2!

bila malam dah lapar balik. mak pulak ajak makan kat gerai indon yang seminit saja dari rumah. tapi bersih tahu! saya order ayam penyet. first time try walaupun seminit saja dari rumah! makan makan. terangkat jugak la weyh cite die.! haha.

sebenarnya nak cakap yang saya dapat try makanan yang sedap2 lagi terbaik dari ladang hari ini. indah bukan? sila jeles! *lempang diri sendiri*


p/s: sesiapa nak try ayam penyet indonesia pure, datanglah rumah.

No comments:

Post a Comment