Wednesday, January 12, 2011

apa rasa kalau makan laptop ni?

nak hidup lama ke tak wahai cik laptop??

sila berfungsi dengan baik bolehkah??

mana janji manis kita dulu??

merajuklah!!(suka sangat emo tak tentu pasal..ngek!)


tension 1: internet bukan main laju lagi..dok sibuk lumba lari dengan siput ke wahai cik broadband???




tension 2: website upu (nak isi borang masuk universiti..) yang tersipu-sipu malu tu sangat menguji tahap mentaliti dan kesabaran saya..memang rasa macam nak kawen dah time tu..*suka-suka kau je kan piqa*




tension 3: boleh pulak la cik laptop ni mendiamkan diri, bisu, kaku, tidak bergerak, lumpuh, strok...hang la senang cite kan..time saya nak memilih masa depan antara hidup dan mati boleh pulak dia main hang-hang dengan saya..atau dalam bahasa melayu nya:: main gantung-gantung dengan saya..





gabungkan ketiga-tiga jenis tension ini dalam 1 masa..ape perasaan anda??


ye saya tau..anda pun tentu rasa nak kahwin je time tu...


*eh kejap kawan-kawan*




alhamdulillah....dah settle...
siap juga masa depan saya tu..




sukalah!! ni tak boleh tidur ni!! *hepp!! over pulak kau.. tidur!!* 

 

No comments:

Post a Comment