Friday, April 15, 2011

entri sejengkal.

..assalamualaikum..

tadi nampak komen dari bertambah kat ENTRI INI . then cepat2 klik!wah! rupa2 nya admin dari UBM datangla citenye. check assignment. harharhar. OK TAK ASSIGNMENT SAYA EN. ADMIN?


p/s: terima kasih kepada student UBM yang sudi datang ke blog ni. saya anggap itu semua adalah support dari korang untuk saya teruskan dunia blogging ni. *hug*

Thursday, April 14, 2011

suka hati kau je nak pancut!

..assalamualaikum..

uols!! hot story ni. haha. cerita dia cenggini. tadi sedang saya sebok2 mengajar anak buah saya buat homework diorang kat dalam bilik. tengah syok2 berlagak pandai depan anak buah, tiba2 anak buah saya yang lagi sorang jerit. ACU!(panggilan makcik2 hot macam saya. haha) TENGOK ADIB!

saya pun bangun laju2 tengok ape jadi kat adib anak buah saya yang lagi sorang berumur 5tahun. cuak jugak la kan. lari laju2 pergi ruang tamu.MyEm0.Com tengok2 bantal yang dia buat tidur tu basah. dia elok dok baring kat sebelah. MAL. APA NI? saya dengan cemas pun tanya.

menurut cerita akmal iaitu saksi di tempat kejadian. adib bangun, lepas tu dia bukak seluar, then siap pegang anu. lepas tu pancut atas bantal tu. pergh! bunyi macam takde sivik kan? haha. apakan daya budak berumur 5 tahun. tak berfikir panjang. MyEm0.Com

saya pun tepuk dahi. ADOI. ABANG! KENAPA KENCING ATAS BANTAL NI? HA? HA? JAWAB2! dia jawab slow saje. ACU, ABANG NAK SUSU. sambil buat muka seposen dan gosok2 mata.MyEm0.Com haih. nasibla ko ni 5tahun. kalau tak aku heret ko kat pusat serenti tahu tak. kejaamm!


p/s: last but not least, saya lah yang kena mencuci bantal itu. MyEm0.Comtabahlah nurul afiqah!

Wednesday, April 13, 2011

hari indah dari biasa. hari ini lah.

..assalamualaikum..


SYUKUR KEPADA-MU YANG MEMBERI REZEKI..

hari ini hari yang best tahu.! tapi bukan hari bahagia kerana saya belum berkahwin. oh malu. lalalala. MyEm0.Com

puas ke piqa ko berjalan satu hari? agak mencapai kepuasan la. tetapi tidak berapa puas sebab tak dapat beli kasut esarli pink comel cute mute gojes yang amat itu! *nanges* rm99 uols. tunggu sale lagi baik. tapi pasti lah saiz saya akan habis. *nanges lagi*

saya pergi ke jalan tar pagi tadi untuk beli stok tudung. hari ni tak ramai orang, jadi tak perlulah saya nak menjerit minta laluan. weyh piqa, ko besar sangat ke? apa2 pun, kerja saya berjalan lancar hari ni.MyEm0.Com
tepuk tangan!

tengahari! panas panas. lapar lapar. kat mana nak makan ni? abang ipar saya suggest lunch kari kepala ikan kat kg. atap ke jalan atap. confuse sudah. nama restoran dia adalah zk restoran. kakak angguk, saya pun angguk. dah lapar apa pun boleh. makan makan makan. pergh! sedap terangkat lagi terbaik lah! kari dia memang superb. bila nak bayar, 19 hengget saya adik manis.. kagum dengan harga terus jalan laju2!

bila malam dah lapar balik. mak pulak ajak makan kat gerai indon yang seminit saja dari rumah. tapi bersih tahu! saya order ayam penyet. first time try walaupun seminit saja dari rumah! makan makan. terangkat jugak la weyh cite die.! haha.

sebenarnya nak cakap yang saya dapat try makanan yang sedap2 lagi terbaik dari ladang hari ini. indah bukan? sila jeles! *lempang diri sendiri*


p/s: sesiapa nak try ayam penyet indonesia pure, datanglah rumah.

Tuesday, April 12, 2011

saya dah masuk U. yahoo tak?



NAMA ANDA DAN NAMA BLOG ANDA..
- nama saya boleh jumpa di merata-rata. banyak nama yang sangat sama dengan saya. nurul afiqah binti abdul ghani. nama blog yang kudus ini tak lain tak bukan g.u.l.a. jangan susah-susahkan diri anda untuk menyebut satu-satu huruf itu. sebut saja gula. kan comel begitu.

SEJAK BILA MULA BERBLOG
- pada 31 oktober 2010. baru saja. sila beri tunjuk ajar.

APA PANDANGAN ANDA  MENGENAI DUNIA BLOG DARSAWARSA KINI
- pada pandangan saya, ia amatlah wajar sangat-sangat dalam dunia yang serba ipad dan ipod ini. ini adalah kerana dengan berblog kita dapat mewujudkan komuniti-komuniti baru yang dipenuhi dengan perkara-perkara yang berfaedah. itu pun kalau hang rajin. selain itu, aktiviti sihat ini jika dipraktikkan secara berterusan dan eksklusif, ia boleh menyumbang kepada periuk nasi anda. menakjubkan!

PANDANGAN ANDA MENGENAI IPTM (INSTITUT PENGAJIAN TINGGI MAYA) PERTAMA INI
- weh. kepada admin yang bernas lagi geliga. syabas bete! inilah dikatakan komuniti-komuniti yang sihat. bagus-bagus. IPTM ini akan menjadi platform kepada mahasiswa untuk melebarkan sayap mereka supaya menjadi seorang blogger yang berilmu kerana mahasiswa boleh bertukar-tukar idea dan pendapat. di sinilah tempatnya! ecehh.. pandai-pandai je haku.


p/s: kepada kawan-kawan bloggers yang tak join lagi, meh join kat sini Universiti Blogger Malaysia . dah tamat kot penyertaan minggu orientasi ni. hehe =.='

lelaki hensem vs lelaki tak hensem. ini entri kejam!

..assalamualaikum..

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...


kalau lelaki handsome berbuat jahat
perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!


kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
perempuan akan kata: entah2 kawan dia...


kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!


kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya>> >meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...


kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...


kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?..


kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...


kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....


kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

 

p/s: sangat tak boleh blar kalau perempuan2 semua berfikiran begini. =.='

saya budak noob yang tak pernah makan macaroons.

..assalamualaikum..
uols!! korang pernah makan macaroon tak? sedap tak? saya tengok orang sangat tergila2 kan makanan yang sangat comel tu.comel gila kot. bila korang makan ada rasa sayang tak nak makan? ada tak?


tersangat lah nyum2. ada sesiapa nak belanja?




kaler yang soft pun masih nampak nyum2!
  
dessert yang teramat sangat lah comel ini sesuai sangat kan untuk buat gift wedding ke, cukur jambul ke. kalau diorang buat macaroon as gift, saya sanggup salam makcik yang dok bagi2 gift tu banyak2 kali. weyh. tak malu itu budak. kahkahkah!

cikmin macaroon   kat sini kita boleh tempah macaroon. belajar buat macaroon pun boleh. rasanya kena attend kelas la kot. saya pun macam nak order je. terliur sudah! haha.


nurul afiqah minta maaf.

..assalamualaikum..

NURUL AFIQAH INGIN MINTA MAAF KEPADA SEMUA READERS AND FOLLOWERS YANG BANYAK MENYOKONG. WALAUPUN SAYA TAK UPDATE2 KAMU TETAP SETIA BERSAMA SAYA.. *terharu* 
MyEm0.Com

sayang sayang dan sayang saya semua..
sebenarnya konflik diri yang melanda sangatlah mengganggu kehidupan. saya betul2 minta maaf. entri berbaur tacing ini khas dari lubuk hati tahu!

walaupun sudah beberapa bulan meninggalkan blog secara jayanya, saya kembali semula. saya berdo and berharap supaya konflik kehidupan tidak mengganggu gugat dunia blogging saya. aww!! maloo..

walaupun tak berupdate berbulan2, follower saya bertambah seramai 13orang! *terharu sambil nanges laju* tak mampu menahan kesedihan itu.TERIMA KASIH SAYANGS SAYANGS. MyEm0.Comnak hug ketat2!

saya berazam untuk mengupdate blog secara eksklusif seperti ibu menyusukan anaknya secara eksklusif. haha! apakah?? *ini ayat dynas mokhtar*

p/s: masih nanges sampai tak tahu apa nak pesan. owh over lah kau! I LOVE YOU! MyEm0.Com