entry kali ini adalah untuk saya seorang saje..saya sahaja .hanya saya. tiada dia. tiada dua atau tiga. sebab saya gila kuasa. kahkah. (dua kali saja memadai)
saya.....
1) saya anak bongsu pakcik ghani dari 4 orang adik beradik. (sebab tu saya gila kuasa)
2) saya telah diberanakkan di hosp. besar k.l pada bulan 7 1991..(sape lagi yang bulan 7?? tak payah angkat tangan.duduk saje diam-diam..)
saya masih bersekolah di victoria institution..(walaupun kawan2 saya ramai yg sudah berkahwin. oh tidak!) (lari laju2 takut ada yang mengejar kerana statement saya tadi seakan saya masih single)single ker??
14) warganegara melaysia yang pasti..(malaysia boleh!)
27) hobi saya memasak, bershopping (cikgu BM jgn marah saya), berfacebook, berblogging, bermakan, bertidur dan semua yang terdapat awalan 'ber' ..
01) cita-cita?? tanya mak saya..saya tak tau.. (ahli astronomi sebenarnya, tapi malu nak cakap sebab angan terlalu tinggi)
73) sangat degil. ni pun boleh tanya mak saya untuk kepastian..
lagi??
tak tau la..
makan jap..
gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. (bangga mak saya jika dia tahu saya pandai berpantun) mungkin mak saya juga akan gelak semacam ini.
jika diteliti, sudah berapa kali saya menyebut pasal mak.. nampaknya saya merindui anda cik eton mmuuaahh untuk cik eton! mak! adik rindu mak!
saya tewas.
tapi.......
malam ini....
saya akan dibelanja tengok movie oleh housemate saya yang baik hati..
daripada entry nak memperkenalkan diri. langsung jadi entry yang tah ape-ape..takpe takpe..untuk menyembuhkan duka di hati..
p/s: tak belli lagi tiket movie nie..lagi lagi hari rabu lagila sarat..lagi lagi mid valley lagila pack..(berapa banyak lagi daa)
bgos..troskan usaha anda utk sentiase merepek..
ReplyDeletekomen tak memberangsangkan.
ReplyDelete